Tiga
Cinta? Apakah maksud yang cuba Romeo sampaikan kepada Juliet? Apakah maksud yang cuba Prince Charming sampaikan kepada Cinderella? Apakah maksud yang cuba Beast sampaikan kepada Bell? Semua ini menjadi persoalan. Hanya insan yang dilamun cinta sahaja boleh terangkan kod-kod ini.
Cinta itu buta. Kadang-kadang kejam. Kadang-kadang baik. Itu semua telah dirancangkan oleh-Nya. Kita hanya mampu mencintai dan dicintai sahaja. Kita tidak boleh mengubah takdir. Percintaan harus dimiliki oleh setiap insan. Wajib!
Cinta itu mudah, cuma manusia tidak pandai menilai. Tidak pandai menjaga. Tidak pandai mengespresikan kepada umum. Aku takut dengan cinta. Bagi aku, cinta itu ibarat menonton cerita Saw. Jika tersalah langkah, maka hilanglah anggota anda. Aku fobia dengan cinta. Perempuan yang pernah aku berikan kesemua kasih sayang, semua hancur! Aku ibarat duduk dalam tempurung. Di luar aku tidak tahu apa terjadi. Aku sedih. Aku pasrah. Aku berundur dari segala memori. Aku hanya insan biasa, lemah.
Sekarang, aku segan dengan cinta. Entah dari pelusuk celah mana di dalam hati ni, tiba-tiba muncul perasaan cinta terhadap seseorang. Mungkin, jika dia menjadi milik aku, aku perlu berjaga-jaga. Aku tak sanggup lagi ditipu. Tetapi, aku melihat dirinya adalah seperti seorang yang jujur. Aku tertarik dengan dia. Ya, semua insan berhak bercinta. Am i right? Macam quote ni tertulis, "Ignore the risk, and take the fall, if its meant to be, its worth it all". Thanks love!
No comments:
Post a Comment