Alhamdulillah, aku dapat rasakan yang Allah itu memang benar Maha Berkuasa dan Maha Agung! Aku perlahan-lahan melakukan ibadah. Syukur Ya Allah! Awal pagi tadi aku berjaga, dan tiba-tiba niat di hati terhajat ingin menunaikan solat sunat taubat. Ya, Aku lakukan walaupun aku rasa ianya tidak sempurna. Aku berharap Allah menerima segala taubat dan doa aku. InsyaAllah, Amin.
Sampai di sekolah tadi pada pukul 07.10 a.m.. Tidak seperti kebiasaannya, aku sentiasa lewat dan dikenakan markah demerit! Point demi point ditolak dari sistem maklumat murid aku. Sekolah, sungguh kejam! Okay lupakan tentang itu, biarlah nasi menjadi bubur daripada terbiar basi begitu. Aku melihat awan bergerak mengikut arah angin, sungguh syahdu! Mata ku sedap melihat keindahan ciptaan Allah. SubhanaAllah.
Minggu ini Puan Mageret memberikan laporan tentang kebersihan dan keceriaan kelas. Aku masih tidak berpuas hati kerana kelasku masih belum menyanjung piala kelas terbersih! Setelah panjang lebar pengumumannya, aku tiba-tiba tertarik dengan reaksi Pengetua sekolah. Beliau memang merupakan insan yang wajib memberikan ceramah motivasi kepada pelajar pada setiap hari Isnin.
Ucapannya bermula, suasana agak riuh rendah tetapi masih terkawal. Aku tidak putus-putus mendengar kata-kata hikmat beliau. Semasa aku penuh dengan rasa khusyuk mendengar, aku dikacau oleh kawan-kawan kelas yang lain. Mereka menyuruh aku lihat Encik Lee yang seakan-akan tidur! Mana aku tak gelak, mukanya seperti ALIEN! Guru-guru lain mungkin terperasan terhadap perangai kebudak-budakkan kami.
Pada pengakhiran ucapan Pengetua, beliau menyeru murid-murid belajar bersungguh-sungguh dan beliau memesan yang kami ini merupakan golongan lapisan tambahan pada masa akan datang. Jadilah pelajar yang cemerlang,terbilang dan gemilang untuk mengharumkan nama negara.
Selepas selesai perhimpunan, aku masuk ke kelas. Memang kacau bilau perasaan aku. Aku mengantuk sepanjang masa. Aku ni memang seorang yang pemalas dan aktif di dalam kelas. Semasa aku terpukau dengan lawak senda diriku sendiri, aku ter"body" cikgu Husna. Aku berasa sangat bersalah dan terus meminta maaf.
Setelah tamat sesi persekolahan, aku bergegas ke hospital bersama Kak Nadia dan Faruk. Kak Nadia memberitahu bahawa dia sering pening kepala, tidak kira tempat atau masa. Letih bersama mereka hampir sampai ke petang. Masa untuk rehat.
Sebentar.
No comments:
Post a Comment