Satu

Pagi ni aku terfikir untuk menaip semula. Entah tiba-tiba perasaan itu menyelubungi hati aku. Kepalaku terasa berat, mungkin tidak cukup tidur. In a few hour, aku akan ke sekolah. Aku bukan benci sekolah tetapi aku tak suka orang sekeliling aku yang berada di sekolah itu.

Hari demi hari aku sabar dengan tindakan mereka membuli aku. Aku sebagai ketua kelas memang selalu dibuli! Ramai yang mengatakan, itu dah terbiasa bagi sesiapa yang menyandang jawatan ketua kelas. Aku terkaku, otak ku penuh dengan tanda tanya. Adakah hidup ini penting buat aku? Aku sering menggelarkan diriku sebagai insan yang lemah.  Dilema merasuk jiwaku. Perasaan sedih sentiasa bermain di fikiran hatiku.


Aku rasa, lebih baik aku lari daripada dunia realiti yang penuh dengan kepalsuan, propaganda, plastik, materialistik, dan penipuan. Aku bingung, bagaimana aku boleh hidup dalam dunia yang begini? Semua manusia bertopengkan syaitan! Walaubagaimanapun, aku perlu tempuh hidup di dunia yang serba indah dalam percakapan dan perkataan ini. Pelbagai dugaan belum aku tempuhi, aku perlu berani. Sekarang, kita sukar membezakan manusia dan "manusia replika" di dunia ini. Macam-macam perangai manusia aku dapat lihat pada zaman sekarang. Dan ia membuatkan aku berasa pelik dan hairan. Godaan pelbagai pihak semakin menjadi-jadi. Perjalanan semakin getir dan itu merupakan perkara biasa bagi semua insan. Kadang-kadang kita di bawah dan mereka di atas dan kadangkala kita di atas dan mereka pula dibawa, bagaikan roda yang berputar mengelilingi alam. Aku sebagai hamba-Nya, tidak kurang juga. Sembahyang pun tidak, nak berkata-kata. Aku akan berubah dan menganjak daripada negatif kepada positif, InsyaAllah.

Aku suka mendengar masalah insan di sekelilingku. Yang ingin berkongsi cerita, pendapat, rahsia atau apa sahaja. Aku suka mengambil ikhtibar dari perkara tersebut. Ia membuatkan aku ingin tahu dengan mendalam. Walaupun aku harus mengorek lubang untuk mendapatkan jawapan tersebut. Ya benar kata insan yang aku sanjung, "A man should look for what is, and not for what he thinks to be". - Albert Einstein - Semenjak dua menjak, aku selalu tidur lewat. Aku cuba tidur tetapi gagal. Aku sentiasa berfikir dan menyoal diri serta memotivasikan diri aku.


Bilakah aku akan berubah? Bolehkah aku berubah harini? Esok? Atau bila-bila saja? Aku risau jikalau aku tidak sempat. Tiba-tiba Tuhan memberikan aku malapetaka. Wallahualam. Ya manusia ini memang mudah berubah dan mudah juga berubah semula. Manusia memang tidak lari dari sikap jahat. Tiada siapa yang dapat mengelak! Aku musykil. Mengapalah perkara yang dilaknati-Nya manusia mengikut dan perkara yang disuruh-Nya manusia tidak menunaikannya? Pelbagai persoalan cuba aku ungkapkan. Setiap saat yang berputar mengikut arah jam itu aku saksi, adakah aku akan berubah? 

No comments:

Post a Comment